PETUA KECUTKAN BUASIR

Buasir juga dikenali sebagai hemoroid (english: haemorrhoids/piles). Kebanyakkan daripada kita lebih gemar untuk mencari cara kecutkan buasir secara tradisional atau dengan cara mendapatkan krim buasir di farmasi. Ini mungkin kerana buasir berlaku di tempat yang sulit menyebabkan kita malu untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan doktor pakar.

Dianggarkan 3 daripada setiap 4 orang akan mengalami buasir sekurang-kurangnya sekali sepanjang hidup mereka. Buasir boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tetapi lebih kerap dialami oleh orang dewasa berusia 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.

 

Ia berlaku apabila saluran darah vena mengembang dan membengkak di dubur dan rektum bawah. Rektum bawah merupakan bahagian terakhir usus besar sebelum najis keluar melalui dubur. Sesetengah pesakit akan terasa seperti ada unjuran atau lebihan daging yang terkeluar dari dubur. Pesakit juga merasa seperti tidak puas membuang air besar. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

 

Buasir dalam bermula di rektum. Symptom buasir dalam selalunya adalah pendarahan semasa atau selepas membuang najis. Tidak semua penghidap mengadu rasa sakit ketika pembuangan najis dan oleh itu, hanya sedar kehadiran buasir dalam kerana pendarahan merah terang semasa membuang air besar. Buasir dalaman boleh terunjur keluar (dipanggil buasir prolaps) dan akan kelihatan seperti kulit dan berwarna lebih cerah daripada kulit disekelilingnya.

Buasir luar pula berada di bawah kulit yang mengelilingi dubur. Buasir prolaps terjadi apabila unjuran keluar daripada kulit ini. Symptom buasir luar pula adalah rasa sakit, berdarah, panas, gatal atau bengkak semasa dan selepas membuang air besar. Tahap kesakitan yang dialami penghidap buasir berbeza antara pesakit. Kesakitan hadir apabila darah berkumpul pada unjuran yang terkeluar dan membentuk darah beku. Keadaan ini dikenali sebagai trombosis. Walaupun rupa buasir luaran yang mengalami trombosis agak menakutkan dan berwarna ungu atau biru, ia selalunya tidak serius meskipun ia memang sangat menyakitkan.

 

Terdapat 4 tahap buasir dimana buasir tahap 4 dianggap sebagai buasir tahap kiritikal. Buasir tahap 1 selalunya sembuh dengan sendiri tanpa sebarang intervensi perubatan.

 

Krim Buasir di Farmasi

 

Krim yang sesuai untuk menenangkan buasir adalah krim-krim topical/sapuan yang mengandungi salah satu daripada bahan analgesik (bersifat mengurangkan kesakitan) berikut, iaitu, witch hazel, hydrocortisone, lidocaine, benzocaine dan horse chestnut.

 

Krim buasir yang paling terkenal adalah Preparation H. Preperation H berfungsi untuk menenangkan dengan mengecilkan saluran darah secara sementara di sekitar kawasan sapuan untuk mengurangkan bengkak, keradangan, kesakitan dan ketidakselesaan. Preparation H mengandungi witch hazel dan ada juga yang mengandungi campuran hydrocortisone.

Krim buasir lain yang boleh dijumpai di farmasi adalah Pilex, Hemopropin, Benostan Procto Spray dan juga Proctosedyl Ointment.

Petua menggunakan Bahan Semulajadi

 

Selain daripada krim, Sitz Bath juga boleh didapati di farmasi dan digunakan untuk mengurangkan buasir. Gunakan air suam ataupun campurkan sedikit garam semulajadi atau Epsom Salt ke dalam air suam yang diletakkan di dalam Sitz Bath untuk berendam. Lakukan rendaman selama 15 minit setiap kali selesai membuang air besar. Berendam air suam di dalam tab mandi juga dapat melegakan buasir untuk sementara.

Campuran 2 sudu besar Epsom Salt dan 2 sudu besar Glycerin adalah satu cara lagi untuk merawat buasir secara semulajadi. Letakkan campuran di pad kasa (gauze pad) dan letak pad di kawasan buasir. Biar selama 15-20 minit dan ulang semula setiap 4 hingga 6 jam sehingga sakit berkurangan.

Pek ais atau ketulan ais yang dibalut juga boleh digunakan untuk mengecutkan saluran darah vena untuk kelegaan. Duduk di atas pek ais tidak lebih daripada 20 minit untuk setiap sesi.

Bawang putih juga boleh digunakan untuk mengecutkan buasir. Hancurkan beberapa ulas bawang putih dan ambil air yang keluar apabila bawang putih dihancurkan. Sapu seperti menggunakan krim buasir di tempat yang terlibat.

Manjakani adalah satu lagi bahan yang sesuai digunakan untuk mengecutkan buasir. Ambil sebiji manjakani dan tumbuk atau parut sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk manjakani dengan sedikit air dan sapu di kawasan buasir. Manjakani boleh dibeli di pasar di bahagian barang-barang kering dan rempah ratus atau di atas talian. Salah satu kedai atas talian yang menjual manjakani gred tinggi dalam bentuk serbuk adalah kedai kak nur manjakani.

Aloe vera atau lidah buaya boleh mengurangkan buasir kerana sifatnya yang menyejukkan. Walaubagaimanapun, adalah disyorkan hanya lidah buaya dalam bentuk tulen sahaja yang digunakan.

Cuka epal atau lebih dikenali sebagai Apple Cider Vinegar (ACV) dan Tea Tree Oil tidak disarankan oleh doktor bagi tujuan merawat buasir kerana kurang kajian dijalankan ke atas kaedah ini. Selain daripada itu, kedua-dua cecair ini boleh menyengat dan merengsa kulit dubur yang sensitif sekirannya tidak dicairkan terlebih dahulu.

Mengecutkan Buasir menggunakan Akupunktur

 

Amaran:

Jangan tekan selaput di antara jari selain daripada titik akupunktur yang disyorkan, lebih-lebih lagi bagi IBU YANG MENGANDUNG. Menekan titik akupunktur di antara ibu jari dan jari telunjuk di tangan boleh merangsang kontraksi dan menyebabkan kelahiran bayi bagi sesetengah ibu mengandung.

Satu lagi cara mengecutkan buasir adalah dengan menggunakan terapi titik-titik akupunktur. Salah satu titik akupunktur untuk merawat buasir terletak di antara jari manis dan jari tengah. Gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk menekan dan mengurut selaput kulit di antara jari manis dan jari tengah selama 1 hingga 2 minit. Jika anda mengalami masalah buasir, titik ini akan rasa sakit bila ditekan dan diurut begini. Ulangi urutan dari masa ke semasa sepanjang hari selama 1 hingga 2 minit sahaja untuk setiap sesi. Urutan ini boleh dilakukan di titik yang sama di kedua-dua belah tangan. Lakukan sehingga buasir mengecut dan tiada rasa sakit di titik akupunktur apabila diurut.

Walaupun terdapat banyak cara untuk mengecutkan buasir, pemakanan yang tinggi serat dan meminum air kosong yang banyak harus diamalkan selari dengan cara rawatan yang dipilih. Pastikan makan makanan yang tinggi kandungan magnesium untuk merehatkan otot didalam usus yang membantu melancarkan sistem penghadaman, disamping meningkatkan kandungan air didalam usus untuk melembutkan najis dan seterusnya melawaskan pembuangan air besar. Ambil makanan yang kaya vitamin C untuk menolong penyembuhan kulit dengan cepat dan makanan yang kaya dengan lemak asid omega-3 untuk mengurangkan inflamasi.

Kurangkan Buasir dengan Makanan Tambahan daripada Shaklee iaitu Ostematrix, Omega Guard dan Sustained Release Vita-C Plus.

Yang lagi best, InsyaAllah dengan pengambilan konsisten, masalah sembelit juga dapat diselesaikan! Inilah Shaklee Effect yang saya paling suka.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan WA

 

Continue Reading

KESIHATAN TULANG

Kepentingan kalsium dan magnesium dalam mengatasi osteoporosis, sakit sendi dan sakit-sakit tulang lain yang berkaitan.

 

Tulang adalah bahan yang membentuk rangka tubuh dan memberi struktur kepada badan kita. Tulang menyokong dan membolehkan kita bergerak disamping melindungi otak, jantung dan organ-organ lain daripada kecederaan. Tulang kita juga menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus, yang membantu tulang kita agar kekal kuat. Mineral-mineral ini juga akan dilepaskan oleh tulang ke dalam badan apabila badan kita memerlukannya untuk kegunaan lain.

 

Lebih daripada 99% kalsium dalam badan kita terkandung di dalam tulang dan gigi. Baki 1% kalsium sahaja dijumpai di dalam darah.

 

Mengekalkan Kesihatan Tulang selari dengan Peningkatan Umur

 

Hampir semua pertumbuhan tulang berlaku semasa kita berada di zaman kanak-kanak dan remaja. Dari pertengahan umur 30an, proses kehilangan tulang dalam badan kita adalah lebih tinggi daripada proses pertumbuhan tulang.

 

Tulang pasti akan menjadi lebih kuat atau lebih lemah dari masa ke semasa bergantung kepada bagaimana kita menjaganya. Tulang bukan sahaja kehilangan kepadatannya apabila usia kita meningkat, tetapi ubat-ubatan yang kita ambil untuk merawat kanser payudara, arthritis, asma dan penyakit lain juga boleh menurunkan ketumpatan tulang (osteopenia) dan mengakibatkan tulang kita menjadi poros (osteoporosis).

 

Berita baiknya adalah, tidak kira berapa pun umur kita, terdapat banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan kesihatan tulang kita.

 

Kalsium dan Magnesium: Mencapai Keseimbangan yang Betul

 

Pemakanan yang baik adalah penting untuk memastikan bahawa tubuh mempunyai protein, mineral, dan vitamin yang diperlukan untuk membuat dan memulihkan tulang. Jika kita tidak mempunyai kalsium yang mencukupi dalam diet kita, kalsium akan dikeluarkan daripada tulang, menyebabkan tulang menjadi lebih lemah dan seterusnya menjadi rapuh dan mudah patah.

Kalsium sentiasa diwar-warkan sebagai mineral yang paling penting untuk kesihatan tulang, tetapi ternyata bahawa magnesium sama pentingnya (atau lebih penting!).

Di dalam kes-kes kekurangan magnesium, tulang kita menderita dalam pelbagai cara seperti:

  • Penyerapan Vitamin D: Magnesium diperlukan untuk Vitamin D bekerja merangsang penyerapan kalsium
  • Penggunaan Kalsium yang Betul: Untuk tubuh kita menggunakan kalsium untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, kalsium perlu diserap terlebih dahulu. Magnesium diperlukan untuk membantu menggabung kalsium ke dalam tulang.

 

Mengapa Magnesium Seperti Sangat Penting?

 

Kerana magnesium bertanggungjawab untuk lebih daripada 300 reaksi biokimia di dalam badan kita dan memberi kesan terhadap tekanan darah, metabolisme, fungsi imun dan banyak lagi aspek kesihatan.

 

Sesetengah pakar mendakwa kekurangan magnesium adalah masalah kesihatan terbesar di dunia hari ini.

 

Mengapa Kekurangan Magnesium Begitu Berleluasa?

 

Terdapat banyak sebab kenapa kekurangan magnesium begitu berleluasa di zaman moden walaupun keadan tidak begitu pada masa lalu.

Salah satu sebabnya ialah keadaan tanah yang kekurangan atau tiada nutrien penting menyebabkan tumbuhan yang tumbuh mengandungi kandungan magnesium dan nutrien lain yang lebih rendah. Daging daripada haiwan yang memakan tumbuhan ini juga akan mengalamai kekurangan magnesium.

 

Penggunaan bahan kimia seperti fluoride dan klorin dalam bekalan air menjadikan magnesium kurang terdapat di dalam air kerana bahan-bahan kimia ini bergabung dengan magnesium yang terkandung di dalam air.

 

Makanan dan minuman yang biasa kita ambil setiap hari, seperti kafein dan gula, juga mengurangkan tahap magnesium di dalam badan. Begitu juga dengan tekanan (stress).

Peratusan kecil penduduk bertuah yang tinggal berhampiran lautan (sumber magnesium yang baik) dan makan makanan yang ditanam di tanah yang kaya magnesium, minum air yang tinggi kandungan magnesium, dan tidak mengalami tekanan atau mengambil gula dan kafein mungkin mempunyai kandungan magnesium yang cukup di dalam badan. Akan tetapi kita yang lain ini mungkin memerlukan magnesium tambahan.

 

Walaupun kita tidak mendapat magnesium yang cukup, ramai di antara kita mendapat terlalu banyak kalsium. Kalsium ditambah ke dalam bermacam jenis makanan yang diproses, makanan tenusu atau makanan tenusu alternatif dan juga jus oren.

 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa jika kita tidak mendapat nisbah kalsium kepada magnesium yang betul, akan terciptalah ketidakseimbangan dalam badan kita yang seterusnya akan menjejaskan kesihatan kita.

 

Tanda atau Gejala Kekurangan Magnesium

 

Keletihan atau Kekurangan Tenaga

Magnesium diperlukan dalam tindak balas yang mewujudkan tenaga ATP di dalam sel. Tenaga ATP ialah sumber utama tenaga di dalam sel dan ATP perlu mengikat ion magnesium untuk menjadi aktif. Dengan kata lain, tanpa magnesium, kita tidak akan mempunyai tenaga pada tahap selular. Apabila kita kekurangan tenaga pada tahap selular, badan kita akan keletihan dan lesu, kita akan kekurangan tenaga, dorongan dan kehendak juga berkurangan serta timbul masalah-masalah lain.

 

Rasa Kebas dan Rasa Berdenyut-denyut di Jari Tangan dan Kaki

Magnesium memainkan peranan dalam fungi saraf dan otot. Ketidakseimbangan kandungan magnesium di dalam darah (ketidakseimbangan elektrolit) boleh menyebabkan rasa kebas atau semut-semut (berdenyut-denyut) di tangan dan kaki.

 

Kekejangan Otot yang Kerap

Kekurangan magnesium boleh menyebabkan tisu otot menjadi kaku dan kemudiannya membawa kepada kekejangan dan spasma otot.

Ritma Jantung yang Tidak Normal

Kekurangan magnesium boleh mengakibatkan kejatuhan paras kalium dalam badan yang kemudiannya boleh menjejaskan sel-sel otot jantung dan menjadikan ritma jantung tidak teratur.

 

Sembelit

Sembelit juga mungkin menunjukkan bahawa magnesium diperlukan dalam diet kita untuk berfungsi sebagai julap (laxative).

 

Kekurangan magnesium tidak semestinya menunjukkan gejala serta merta tetapi dari masa ke semasa boleh menyebabkan munculnya beberapa masalah kesihatan kepada kita. Para saintis juga telah menemui kaitan di antara kekurangan magnesium dengan penyakit jantung, beberapa jenis penyakit arthritis dan batu karang. Magnesium diperlukan untuk membantu kalsium bergabung ke dalam tulang dan tanpa magnesium yang mencukupi kalsium akan kekal di dalam darah dan tisu-tisu lembut di dalam badan kita yang kemudiannya mengakibatkan deposit atau mendapan kalsium di dalam arteri, otot dan organ, malah di dalam otak kita.

 

Tulang adalah sistem sokongan badan kita maka adalah amat penting untuk kita menjaga tulang agar sentiasa kuat dan sihat. Mulailah membina dan memastikan tulang kita kuat dengan nutrien yang membina tulang kerana semakin lanjut usia kita, kita akan kehilangan lebih banyak tulang dengan lebih cepat daripada kita membinanya.

 

OsteMatrix™ Kita memerlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang lebih kuat.Ostematrix Shaklee mengandungi nutrien untuk membina tulang yang berkualiti seperti berikut:

 

 

 

Waktu pengambilan kalsium yang terbaik adalah pada waktu malam kerana pada waktu ini ‘kadar penggantian’ tulang meningkat.

Untuk sebarangan maklumat lanjut dan pertanyaan WA

Penafian: *Produk ini adalah produk makanan tambahan dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

 

Rujukan

https://www.bones.nih.gov

https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=2499

https://www.womenshealthmag.com/health/a19937989/magnesium-deficiency-symptoms/

https://www.life-enthusiast.com/articles/magnesium-and-calcification

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/calcium-supplements/art-20047097

https://www.healthline.com/nutrition/magnesium-dosage

https://www.news-medical.net/news/20110615/Magnesium-essential-for-absorption-and-metabolism-of-vitamin-D-and-calcium.aspx

Continue Reading

PENUAAN SECARA SIHAT – MULAKAN DARI SEKARANG

Ramai di antara kita risau apabila umur semakin meningkat, keanjalan kulit berkurangan, masalah kesihatan mula bertambah disamping adanya risiko berlaku ketiakdupayaan kerana sudah tidak kuat.

Kita sering disajikan tentang kesihatan jantung, tulang dan penuaan secara sihat tetapi agak kurang bab kesihatan otot.

KEHILANGAN OTOT KERANA PENUAAN

Otot yang sihat adalah penting untuk melakukan tugasan seharian, mobiliti, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan patah tulang serta risiko masuk hospital.

Fungsi utama sistem otot adalah pergerakan manakala otot-otot rangka membantu kita mengekalkan postur dan kedudukan tubuh badan kita. Otot-otot lain seperti otot pernafasan, otot jantung dan otot visceral pula berperanan untuk mengangkut bahan seperti oksigen, darah atau makanan dari satu bahagian badan kepada bahagian yang lain.

Penyelidikan menunjukkan bahawa daripada usia 40 tahun, individu-individu dewasa yang sihat boleh, secara semulajadi, kehilangan sehingga 8% otot setiap dekad, dan selepas umur 70 tahun, kadar itu meningkat hampir DUA kali ganda kepada 15%!

Di samping komplikasi-komplikasi lain, kehilangan jisim otot akan mengurangkan imuniti badan dan meningkatkan risiko jangkitan. Penyakit dan ketidakaktifan akan mempercepatkan lagi proses kehilangan otot tersebut.

Ketidakaktifan

Walaupun penuaan adalah proses semulajadi, proses kehilangan otot boleh diperlahankan. Adalah penting untuk kita menjaga otot seiring dengan peningkatan umur kita, dengan mendapatkan jumlah nutrien yang tepat, terutamanya protein disamping melakukan senaman yang mencukupi.

 

KEPENTINGAN PROTEIN UNTUK KESIHATAN OTOT

Protein membina, mengekalkan dan mengantikan tisu di dalam badan kita. Protein adalah rantai panjang asid amino yang membentuk asas semua kehidupan. Mereka adalah seperti mesin yang membuat semua makhluk hidup berfungsi.

Tubuh manusia terdiri daripada sekitar 100 trilion sel. Setiap sel mempunyai beribu-ribu jenis protein yang berlainan. Kerjasama di antara jenis-jenis protein yang berlainan inilah yang menyebabkan setiap sel melakukan tugasnya. Protein-protein ini adalah seperti mesin kecil di dalam sel.

Protein terdiri daripada asid amino, maka asid amino diumpamakan seperti ‘batu-bata’ di dalam pembangunan ‘blok’ protein. Terdapat 22 jenis asid amino proteinogenik.

22 jenis asid amino ini boleh diatur dalam jutaan cara yang berbeza untuk membuat berjuta-juta protein yang berlainan, masing-masing dengan fungsi tertentu di dalam tubuh. Strukturnya berbeza mengikut urutan di mana asid amino bergabung.

Protein adalah salah satu nutrien penting, atau makronutrien, di dalam diet manusia. Apabila kita makan makanan yang mengandungi protein, jus pencernaan di dalam perut dan usus kita akan memecahkan protein di dalam makanan kepada unit asas yang dikenali sebagai asid amino. Asid-asid amino ini kemudiannya boleh digunakan semula untuk membina jenis-jenis protein yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan sempurna.

Terdapat 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan atau disintesis oleh badan manusia, jadi asid-asid amino ini perlu ada dalam diet kita.

Semua protein makananan mengandungi beberapa jenis asid amino, tetapi dalam kadar yang berbeza.

Protein lengkap mengandungi kesemua asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Makanan-makanan yang mengandungi kesemua 9 asid amino penting dalam nisbah yang hampir sama dikenali sebagai protein lengkap. Protein lengkap utamanya berasal dari sumber haiwan seperti susu, daging dan telur.

Soya dan quinoa adalah protein lengkap daripada sumber sayur-sayuran.

Kebanyakkan makanan biasa tidak mengandungi protein lengkap, akan tetapi, makanan-makanan yang mengandungi protein tidak lengkap apabila dimakan bersama-sama merupakan protein lengkap. Contohnya seperti roti dan mentega kacang, hummus dan pita, dan beras dan kacang.

Tubuh manusia tidak memerlukan kesemua asid amino penting pada setiap hidangan makanan kerana ia dapat menggunakan asid amino hasil dari hidangan makanan terkini untuk membentuk protein lengkap. Maka tiadalah sebarang risiko kekurangan sekiranya kita mempunyai cukup protein sepanjang hari.

KEPERLUAN PROTEIN SETIAP HARI

Jumlah protein yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari bergantung kepada banyak keadaan termasuklah jumlah pengambilan tenaga secara keseluruhan, pertumbuhan individu, dan tahap aktiviti fizikal kita. Oleh itu jumlah protein sering dianggarkan berdasarkan berat badan iaitu antara 0.8gram ke 1.8gram untuk setiap kilogram berat badan.

Rujukan pegambilan diet (DRI-Dietary Reference Intake) untuk protein adalah 0.8gram per kilogram berat badan.

Ini adalah bersamaan dengan:

  • 56gram sehari untuk lelaki yang tidak aktif
  • 46gram sehari untuk wanita yang tidak aktif

 

MEMASTIKAN PENGAMBILAN PROTEIN YANG MENCUKUPI

Dalam bidang sains pemakanan, ‘gram protein’ merujuk kepada kandungan gram protein makronutrien, bukan gram makanan yang mengandungi protein seperti daging atau telur.

Satu hidangan daging lembu yang beratnya 226gram sebenarnya mengandungi 61gram protein. Serupa dengan sebiji telur besar seberat 46gram pula mempunyai 6gram protein.

Cara pemakanan yang sihat dengan memastikan diet seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan terutamanya protein akan memastikan bahawa kita berada di landasan yang betul untuk mengekalkan kesihatan otot kita dan hidup dengan sihat sehingga ke usia tua.

Shaklee ESP. Minuman protein berasaskan tumbuhan mengandungi kesemua 22 asid amino, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Menambah 1 hidangan Shaklee ESP dalam diet anda dengan hidangan sebanyak 3 sudu setiap hari menyediakan 14g atau 25% keperluan protein harian anda.

Untuk sebarangan maklumat lanjut dan pertanyaan WA

Penafian: *Produk ini adalah produk makanan tambahan dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Rujukan

  1. Muscle up to stave off the ill effects of ageing https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/07/12/muscling-up-for-the-ageing-process-geriatrician-to-give-talk-on-importance-of-muscle-strength-at-men/#vF8oTZOicBBximxF.99
  2. http://www.innerbody.com/image/musfov.html
  3. https://www.healthline.com/nutrition/how-much-protein-per-day

 

 

Continue Reading