PETUA KECUTKAN BUASIR

Buasir juga dikenali sebagai hemoroid (english: haemorrhoids/piles). Kebanyakkan daripada kita lebih gemar untuk mencari cara kecutkan buasir secara tradisional atau dengan cara mendapatkan krim buasir di farmasi. Ini mungkin kerana buasir berlaku di tempat yang sulit menyebabkan kita malu untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan doktor pakar.

Dianggarkan 3 daripada setiap 4 orang akan mengalami buasir sekurang-kurangnya sekali sepanjang hidup mereka. Buasir boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tetapi lebih kerap dialami oleh orang dewasa berusia 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.

 

Ia berlaku apabila saluran darah vena mengembang dan membengkak di dubur dan rektum bawah. Rektum bawah merupakan bahagian terakhir usus besar sebelum najis keluar melalui dubur. Sesetengah pesakit akan terasa seperti ada unjuran atau lebihan daging yang terkeluar dari dubur. Pesakit juga merasa seperti tidak puas membuang air besar. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

 

Buasir dalam bermula di rektum. Symptom buasir dalam selalunya adalah pendarahan semasa atau selepas membuang najis. Tidak semua penghidap mengadu rasa sakit ketika pembuangan najis dan oleh itu, hanya sedar kehadiran buasir dalam kerana pendarahan merah terang semasa membuang air besar. Buasir dalaman boleh terunjur keluar (dipanggil buasir prolaps) dan akan kelihatan seperti kulit dan berwarna lebih cerah daripada kulit disekelilingnya.

Buasir luar pula berada di bawah kulit yang mengelilingi dubur. Buasir prolaps terjadi apabila unjuran keluar daripada kulit ini. Symptom buasir luar pula adalah rasa sakit, berdarah, panas, gatal atau bengkak semasa dan selepas membuang air besar. Tahap kesakitan yang dialami penghidap buasir berbeza antara pesakit. Kesakitan hadir apabila darah berkumpul pada unjuran yang terkeluar dan membentuk darah beku. Keadaan ini dikenali sebagai trombosis. Walaupun rupa buasir luaran yang mengalami trombosis agak menakutkan dan berwarna ungu atau biru, ia selalunya tidak serius meskipun ia memang sangat menyakitkan.

 

Terdapat 4 tahap buasir dimana buasir tahap 4 dianggap sebagai buasir tahap kiritikal. Buasir tahap 1 selalunya sembuh dengan sendiri tanpa sebarang intervensi perubatan.

 

Krim Buasir di Farmasi

 

Krim yang sesuai untuk menenangkan buasir adalah krim-krim topical/sapuan yang mengandungi salah satu daripada bahan analgesik (bersifat mengurangkan kesakitan) berikut, iaitu, witch hazel, hydrocortisone, lidocaine, benzocaine dan horse chestnut.

 

Krim buasir yang paling terkenal adalah Preparation H. Preperation H berfungsi untuk menenangkan dengan mengecilkan saluran darah secara sementara di sekitar kawasan sapuan untuk mengurangkan bengkak, keradangan, kesakitan dan ketidakselesaan. Preparation H mengandungi witch hazel dan ada juga yang mengandungi campuran hydrocortisone.

Krim buasir lain yang boleh dijumpai di farmasi adalah Pilex, Hemopropin, Benostan Procto Spray dan juga Proctosedyl Ointment.

Petua menggunakan Bahan Semulajadi

 

Selain daripada krim, Sitz Bath juga boleh didapati di farmasi dan digunakan untuk mengurangkan buasir. Gunakan air suam ataupun campurkan sedikit garam semulajadi atau Epsom Salt ke dalam air suam yang diletakkan di dalam Sitz Bath untuk berendam. Lakukan rendaman selama 15 minit setiap kali selesai membuang air besar. Berendam air suam di dalam tab mandi juga dapat melegakan buasir untuk sementara.

Campuran 2 sudu besar Epsom Salt dan 2 sudu besar Glycerin adalah satu cara lagi untuk merawat buasir secara semulajadi. Letakkan campuran di pad kasa (gauze pad) dan letak pad di kawasan buasir. Biar selama 15-20 minit dan ulang semula setiap 4 hingga 6 jam sehingga sakit berkurangan.

Pek ais atau ketulan ais yang dibalut juga boleh digunakan untuk mengecutkan saluran darah vena untuk kelegaan. Duduk di atas pek ais tidak lebih daripada 20 minit untuk setiap sesi.

Bawang putih juga boleh digunakan untuk mengecutkan buasir. Hancurkan beberapa ulas bawang putih dan ambil air yang keluar apabila bawang putih dihancurkan. Sapu seperti menggunakan krim buasir di tempat yang terlibat.

Manjakani adalah satu lagi bahan yang sesuai digunakan untuk mengecutkan buasir. Ambil sebiji manjakani dan tumbuk atau parut sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk manjakani dengan sedikit air dan sapu di kawasan buasir. Manjakani boleh dibeli di pasar di bahagian barang-barang kering dan rempah ratus atau di atas talian. Salah satu kedai atas talian yang menjual manjakani gred tinggi dalam bentuk serbuk adalah kedai kak nur manjakani.

Aloe vera atau lidah buaya boleh mengurangkan buasir kerana sifatnya yang menyejukkan. Walaubagaimanapun, adalah disyorkan hanya lidah buaya dalam bentuk tulen sahaja yang digunakan.

Cuka epal atau lebih dikenali sebagai Apple Cider Vinegar (ACV) dan Tea Tree Oil tidak disarankan oleh doktor bagi tujuan merawat buasir kerana kurang kajian dijalankan ke atas kaedah ini. Selain daripada itu, kedua-dua cecair ini boleh menyengat dan merengsa kulit dubur yang sensitif sekirannya tidak dicairkan terlebih dahulu.

Mengecutkan Buasir menggunakan Akupunktur

 

Amaran:

Jangan tekan selaput di antara jari selain daripada titik akupunktur yang disyorkan, lebih-lebih lagi bagi IBU YANG MENGANDUNG. Menekan titik akupunktur di antara ibu jari dan jari telunjuk di tangan boleh merangsang kontraksi dan menyebabkan kelahiran bayi bagi sesetengah ibu mengandung.

Satu lagi cara mengecutkan buasir adalah dengan menggunakan terapi titik-titik akupunktur. Salah satu titik akupunktur untuk merawat buasir terletak di antara jari manis dan jari tengah. Gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk menekan dan mengurut selaput kulit di antara jari manis dan jari tengah selama 1 hingga 2 minit. Jika anda mengalami masalah buasir, titik ini akan rasa sakit bila ditekan dan diurut begini. Ulangi urutan dari masa ke semasa sepanjang hari selama 1 hingga 2 minit sahaja untuk setiap sesi. Urutan ini boleh dilakukan di titik yang sama di kedua-dua belah tangan. Lakukan sehingga buasir mengecut dan tiada rasa sakit di titik akupunktur apabila diurut.

Walaupun terdapat banyak cara untuk mengecutkan buasir, pemakanan yang tinggi serat dan meminum air kosong yang banyak harus diamalkan selari dengan cara rawatan yang dipilih. Pastikan makan makanan yang tinggi kandungan magnesium untuk merehatkan otot didalam usus yang membantu melancarkan sistem penghadaman, disamping meningkatkan kandungan air didalam usus untuk melembutkan najis dan seterusnya melawaskan pembuangan air besar. Ambil makanan yang kaya vitamin C untuk menolong penyembuhan kulit dengan cepat dan makanan yang kaya dengan lemak asid omega-3 untuk mengurangkan inflamasi.

Kurangkan Buasir dengan Makanan Tambahan daripada Shaklee iaitu Ostematrix, Omega Guard dan Sustained Release Vita-C Plus.

Yang lagi best, InsyaAllah dengan pengambilan konsisten, masalah sembelit juga dapat diselesaikan! Inilah Shaklee Effect yang saya paling suka.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan WA

 

Continue Reading