KESIHATAN TULANG

Kepentingan kalsium dan magnesium dalam mengatasi osteoporosis, sakit sendi dan sakit-sakit tulang lain yang berkaitan.

 

Tulang adalah bahan yang membentuk rangka tubuh dan memberi struktur kepada badan kita. Tulang menyokong dan membolehkan kita bergerak disamping melindungi otak, jantung dan organ-organ lain daripada kecederaan. Tulang kita juga menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus, yang membantu tulang kita agar kekal kuat. Mineral-mineral ini juga akan dilepaskan oleh tulang ke dalam badan apabila badan kita memerlukannya untuk kegunaan lain.

 

Lebih daripada 99% kalsium dalam badan kita terkandung di dalam tulang dan gigi. Baki 1% kalsium sahaja dijumpai di dalam darah.

 

Mengekalkan Kesihatan Tulang selari dengan Peningkatan Umur

 

Hampir semua pertumbuhan tulang berlaku semasa kita berada di zaman kanak-kanak dan remaja. Dari pertengahan umur 30an, proses kehilangan tulang dalam badan kita adalah lebih tinggi daripada proses pertumbuhan tulang.

 

Tulang pasti akan menjadi lebih kuat atau lebih lemah dari masa ke semasa bergantung kepada bagaimana kita menjaganya. Tulang bukan sahaja kehilangan kepadatannya apabila usia kita meningkat, tetapi ubat-ubatan yang kita ambil untuk merawat kanser payudara, arthritis, asma dan penyakit lain juga boleh menurunkan ketumpatan tulang (osteopenia) dan mengakibatkan tulang kita menjadi poros (osteoporosis).

 

Berita baiknya adalah, tidak kira berapa pun umur kita, terdapat banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan kesihatan tulang kita.

 

Kalsium dan Magnesium: Mencapai Keseimbangan yang Betul

 

Pemakanan yang baik adalah penting untuk memastikan bahawa tubuh mempunyai protein, mineral, dan vitamin yang diperlukan untuk membuat dan memulihkan tulang. Jika kita tidak mempunyai kalsium yang mencukupi dalam diet kita, kalsium akan dikeluarkan daripada tulang, menyebabkan tulang menjadi lebih lemah dan seterusnya menjadi rapuh dan mudah patah.

Kalsium sentiasa diwar-warkan sebagai mineral yang paling penting untuk kesihatan tulang, tetapi ternyata bahawa magnesium sama pentingnya (atau lebih penting!).

Di dalam kes-kes kekurangan magnesium, tulang kita menderita dalam pelbagai cara seperti:

  • Penyerapan Vitamin D: Magnesium diperlukan untuk Vitamin D bekerja merangsang penyerapan kalsium
  • Penggunaan Kalsium yang Betul: Untuk tubuh kita menggunakan kalsium untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat, kalsium perlu diserap terlebih dahulu. Magnesium diperlukan untuk membantu menggabung kalsium ke dalam tulang.

 

Mengapa Magnesium Seperti Sangat Penting?

 

Kerana magnesium bertanggungjawab untuk lebih daripada 300 reaksi biokimia di dalam badan kita dan memberi kesan terhadap tekanan darah, metabolisme, fungsi imun dan banyak lagi aspek kesihatan.

 

Sesetengah pakar mendakwa kekurangan magnesium adalah masalah kesihatan terbesar di dunia hari ini.

 

Mengapa Kekurangan Magnesium Begitu Berleluasa?

 

Terdapat banyak sebab kenapa kekurangan magnesium begitu berleluasa di zaman moden walaupun keadan tidak begitu pada masa lalu.

Salah satu sebabnya ialah keadaan tanah yang kekurangan atau tiada nutrien penting menyebabkan tumbuhan yang tumbuh mengandungi kandungan magnesium dan nutrien lain yang lebih rendah. Daging daripada haiwan yang memakan tumbuhan ini juga akan mengalamai kekurangan magnesium.

 

Penggunaan bahan kimia seperti fluoride dan klorin dalam bekalan air menjadikan magnesium kurang terdapat di dalam air kerana bahan-bahan kimia ini bergabung dengan magnesium yang terkandung di dalam air.

 

Makanan dan minuman yang biasa kita ambil setiap hari, seperti kafein dan gula, juga mengurangkan tahap magnesium di dalam badan. Begitu juga dengan tekanan (stress).

Peratusan kecil penduduk bertuah yang tinggal berhampiran lautan (sumber magnesium yang baik) dan makan makanan yang ditanam di tanah yang kaya magnesium, minum air yang tinggi kandungan magnesium, dan tidak mengalami tekanan atau mengambil gula dan kafein mungkin mempunyai kandungan magnesium yang cukup di dalam badan. Akan tetapi kita yang lain ini mungkin memerlukan magnesium tambahan.

 

Walaupun kita tidak mendapat magnesium yang cukup, ramai di antara kita mendapat terlalu banyak kalsium. Kalsium ditambah ke dalam bermacam jenis makanan yang diproses, makanan tenusu atau makanan tenusu alternatif dan juga jus oren.

 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa jika kita tidak mendapat nisbah kalsium kepada magnesium yang betul, akan terciptalah ketidakseimbangan dalam badan kita yang seterusnya akan menjejaskan kesihatan kita.

 

Tanda atau Gejala Kekurangan Magnesium

 

Keletihan atau Kekurangan Tenaga

Magnesium diperlukan dalam tindak balas yang mewujudkan tenaga ATP di dalam sel. Tenaga ATP ialah sumber utama tenaga di dalam sel dan ATP perlu mengikat ion magnesium untuk menjadi aktif. Dengan kata lain, tanpa magnesium, kita tidak akan mempunyai tenaga pada tahap selular. Apabila kita kekurangan tenaga pada tahap selular, badan kita akan keletihan dan lesu, kita akan kekurangan tenaga, dorongan dan kehendak juga berkurangan serta timbul masalah-masalah lain.

 

Rasa Kebas dan Rasa Berdenyut-denyut di Jari Tangan dan Kaki

Magnesium memainkan peranan dalam fungi saraf dan otot. Ketidakseimbangan kandungan magnesium di dalam darah (ketidakseimbangan elektrolit) boleh menyebabkan rasa kebas atau semut-semut (berdenyut-denyut) di tangan dan kaki.

 

Kekejangan Otot yang Kerap

Kekurangan magnesium boleh menyebabkan tisu otot menjadi kaku dan kemudiannya membawa kepada kekejangan dan spasma otot.

Ritma Jantung yang Tidak Normal

Kekurangan magnesium boleh mengakibatkan kejatuhan paras kalium dalam badan yang kemudiannya boleh menjejaskan sel-sel otot jantung dan menjadikan ritma jantung tidak teratur.

 

Sembelit

Sembelit juga mungkin menunjukkan bahawa magnesium diperlukan dalam diet kita untuk berfungsi sebagai julap (laxative).

 

Kekurangan magnesium tidak semestinya menunjukkan gejala serta merta tetapi dari masa ke semasa boleh menyebabkan munculnya beberapa masalah kesihatan kepada kita. Para saintis juga telah menemui kaitan di antara kekurangan magnesium dengan penyakit jantung, beberapa jenis penyakit arthritis dan batu karang. Magnesium diperlukan untuk membantu kalsium bergabung ke dalam tulang dan tanpa magnesium yang mencukupi kalsium akan kekal di dalam darah dan tisu-tisu lembut di dalam badan kita yang kemudiannya mengakibatkan deposit atau mendapan kalsium di dalam arteri, otot dan organ, malah di dalam otak kita.

 

Tulang adalah sistem sokongan badan kita maka adalah amat penting untuk kita menjaga tulang agar sentiasa kuat dan sihat. Mulailah membina dan memastikan tulang kita kuat dengan nutrien yang membina tulang kerana semakin lanjut usia kita, kita akan kehilangan lebih banyak tulang dengan lebih cepat daripada kita membinanya.

 

OsteMatrix™ Kita memerlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang lebih kuat.Ostematrix Shaklee mengandungi nutrien untuk membina tulang yang berkualiti seperti berikut:

 

 

 

Waktu pengambilan kalsium yang terbaik adalah pada waktu malam kerana pada waktu ini ‘kadar penggantian’ tulang meningkat.

Untuk sebarangan maklumat lanjut dan pertanyaan WA

Penafian: *Produk ini adalah produk makanan tambahan dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

 

Rujukan

https://www.bones.nih.gov

https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=2499

https://www.womenshealthmag.com/health/a19937989/magnesium-deficiency-symptoms/

https://www.life-enthusiast.com/articles/magnesium-and-calcification

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/calcium-supplements/art-20047097

https://www.healthline.com/nutrition/magnesium-dosage

https://www.news-medical.net/news/20110615/Magnesium-essential-for-absorption-and-metabolism-of-vitamin-D-and-calcium.aspx

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *