CARA MAKAN VITAMIN YANG BETUL

Baca lanjut untuk mengetahui kenapa vitamin tidak berkesan dan benarkah kopi boleh merosakkan vitamin

KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN

Jika kita ingin mengambil vitamin, mineral dan supplemen (makanan tambahan) lain setiap hari untuk meningkatkan kesihatan, seharusnya kita sendiri bertanggungjawab untuk memastikan bagaimana hendak mendapatkan kesan yang paling optima daripada apa yang kita ambil.

SABAR DAN DISPLIN

Kita perlu konsisten dalam pengambilan vitamin bagi mendapatkan kesan optimum dan memikirkannya dari segi jangka masa panjang dan bukan penyelesaian jangka pendek (short term fix).

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia

Bergantung kepada tahap kesihatan dan gaya hidup individu, vitamin mengambil masa 2-4 minggu atau sehingga berbulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian dan kesan yang optimum.

MINUM AIR KOSONG DENGAN MENCUKUPI

Kita disarankan supaya banyak minum air kosong apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan nutrien oleh tubuh berlaku dengan lebih baik iaitu lebih kurang 8 gelas  sehari.

Air yang mencukupi diperlukan badan kerana air berperanan untuk mengangkut vitamin ke sel-sel kita.

Air yang mencukupi  adalah juga  penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.  Vitamin yang merawat kerosakan kepada sel dan sistem badan akan menyahkan toksin dari sel. Toksin yang berkumpul dalam badan boleh buat kita antara lain rasa  pening, loya atau rasa nak demam.  Air diperlukan untuk mengeluarkan toksin dari badan kita.

FAHAMI SIFAT VITAMIN YANG LARUT AIR DAN YANG LARUT LEMAK

Vitamin larut air adalah vitamin B dan C. Jenis vitamin ini diserap terus ke dalam darah sewaktu penghadaman atau semasa pil vitamin larut di dalam usus kita. Oleh kerana tubuh kita mengandungi air, peredaran vitamin larut air di dalam tubuh adalah lebih mudah dan kemudian buah pinggang kita akan mengeluarkan vitamin berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh melalui air kencing.

Vitamin larut lemak tidak akan larut dalam air. Sebaliknya, vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K diserap secara terbaik apabila diambil dengan makanan yang mengandungi lemak.  Walau bagaimanpun demi menjaga kesihatan hendaklah kita memastikan lemak yang dimakan adalah yang mengandungi lemak tidak tepu dan bukannya lemak trans (trans fat).

ELAKKAN MAKAN VITAMIN SECARA BANYAK SEKALIGUS DALAM SATU MASA

Adalah lebih mudah untuk menelan kesemua vitamin sekaligus tetapi dengan cara ini kita mungkin tidak mendapat kesan yang terbaik. Badan kita akan menyerap apa yang paling diperlukan terlebih dahulu manakala vitamin yang lain terutamanya vitamin jenis larut air mungkin akan dikeluarkan semasa kita membuang air, sebelum sempat diserap oleh tubuh.  Ini juga akan hanya membebankan buah pinggang. Justeru itu rancanglah pengambilan vitamin anda dan agihkan waktu makan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan tubuh untuk mendapatkan hasil penyerapan terbaik.

ELAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN BERSAMA UBAT

Jika anda mempunyai masalah kesihatan dan berada dalam pengawasan doktor, pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mengamal pemakanan vitamin dan suplemen.

Sesetengah vitamin dan suplemen boleh menjejaskan kesan ubat contohnya vitamin K yang mempunyai kesan memekatkan darah, akan berlawanan dengan ubat yang diambil oleh pesakit strok untuk mencairkan darah.

Antibiotik pula boleh menghalang penyerapan vitamin oleh tubuh kita kerana antibiotik membinasakan bakteria ‘baik’ dalam usus kita yang diperlukan dalam proses penghadaman dan penyerapan nutrien.

Oleh itu adalah lebih baik untuk menjarakkan waktu pengambilan ubat dan vitamin sekurang-kurangnya 1 – 2 jam.

FAHAMI CARA MINUM KOPI SUPAYA TIDAK ‘ROSAKKAN’ VITAMIN

Kafein yang terdapat didalam kopi akan meningkatkan pengaliran darah dan menyebabkan kita merasa segar. Peningkatan pengaliran darah ini juga akan mencergaskan buah pinggang kita dan kesan diuretik kopi akan seterusnya menyebabkan kita membuang air. Mengikut pakar nutrisi proses ini mengambil masa kira-kira 30 – 60 minit.

Bersarapan, dengan meminum kopi dan terus mengambil vitamin pada masa yang sama hendaklah dielakkan. Jika kita minum kopi pada masa yang sama dengan makan vitamin, kafein dalam kopi yang bersifat diuretik akan menarik keluar vitamin tersebut sebelum sempat diserap oleh badan apabila kita membuang air.  Kajian juga menunjukkan bahawa tannin didalam kopi boleh menjejaskan penyerapan vitamin dan mineral jika kopi diminum dalam masa kurang dari satu jam selepas pengambilan vitamin.

Terdapat dua cara untuk menikmati kopi anda.

Cara 1

Nikmatilah sarapan dan kopi anda dan kemudian makanlah vitamin selepas melebihi satu jam berserta air kosong.

Cara 2

Jika anda ingin makan vitamin terlebih dahulu selepas bersarapan, pastikan anda minum kopi hanya selepas 3 jam agar vitamin sempat diserap oleh tubuh.

Pantang Larang Lain Yang Perlu diKetahui Dalam Pengambilan Supplemen

 

  • Elakkan mengambil multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) dengan air susu/ ostematrix/ pil mengandungi kalsium kerana ini akan menggangu penyerapan zat besi oleh tubuh.

 

  • Penghidap SLE atau lupus tidak boleh mengambil Alfalfa Complex

 

  • Penghidap Talasemia Major tidak boleh mengambil Vitalea

 

  • Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil supplemen Vitamin C dalam kuatiti yang tinggi pada awal trimester pertama kerana risiko keguguran.

 

  • Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil Cinch Shake, walaupun sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, kerana kandungan kalorinya yang rendah tidak dapat memenuhi keperluan kalori ibu yang menyusukan bayi. Pengambilan air kosong juga hendaklah ditingkatkan sekirannya mengambil vitamin dan supplemen.

 

Tindak balas badan kita berbeza antara satu sama lain kerana banyak faktor diantaranya cara pemakanan dan tahap kesihatan kita apabila kita mula mengambil vitamin atau supplemen.

Oleh kerana itu, dapatkan jadual dan cara makan vitamin atau supplemen yang betul sekiranya anda membelinya dan pastikan anda tahu fungsi dan kebaikan vitamin atau supplemen yang dibeli sama ada sesuai atau tidak dengan keperluan nutrien anda.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan WA

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *